Assalamualaikum semua yang menatap blog ku ini...
Di sini ada satu berita baik bagi yang ingin menambah tabung akhirat. Bermula hari ini, 7 Jun 2011, setiap satu pembelian tasbih digital, RM 1 akan dimasukkan ke tabung Membeli Kipas Unit Hemodialisis Hospital Tawau. Tabung ini bukan anjuran unit tersebut tetapi atas inisiatif aku sendiri yang merupakan salah seorang pesakit di situ.
Tujuan tabung ini aku bentuk adalah untuk mengutip dana bagi membeli kipas untuk keperluan pesakit. Ini kerana 2 daripada 6 penyaman udara di situ tidak berfungsi mengakibatkan pesakit selalu merasa kepanasan. Bahang makin terasa kerana mesin hemodialisis yang digunakan turut mengeluarkan haba sepanjang rawatan berlangsung. Jika merasa panas, pesakit mudah merasa pening dan sekiranya berlarutan boleh menyebabkan rawatan diberhentikan. Hasil rawatan yang tidak cukup 4 jam akan membuat pesakit kurang sihat kerana air dan toksik tidak banyak dikeluarkan dari tubuh pesakit. Oleh itu, suasana yang kondusif semasa rawatan hemodialisis amat penting.
Harga bagi tasbih digital itu ialah:
1 unit = RM18
2 unit = RM33
3 unit = RM45
Harga adalah termasuk pos ke seluruh Malaysia.
*Pilihan warna ada 4 - silver, biru, oren dan hijau.
*Untuk gambar dan penerangan lanjut proses pembelian, sila pergi ke laman tasbih digital.
*Sekiranya ingin memborong 5 unit dan ke atas, sila hubungi aku untuk harga.
*Bergantung pada stok yang aku ada.
*Sebarang pertanyaan atau pesanan, sila hubungi aku di 0138992812.
*Sesiapa yang turut ingin menyumbang tanpa membeli juga boleh.
*Tawaran ini dibuka sehingga wang mencukupi untuk membeli 2 buah kipas. Sekiranya sambutan menggalakkan dan ada lebih wang, maka bilangan kipas akan ditambah.
Jasa cik/encik/tuan/puan akan kami kenang dan Allah yang akan membalas.
Jika yang membaca takut tertipu oleh aku, biarlah Allah yang mengadili aku nanti sekiranya berbohong.
Wallahu a'lam...